Posts

Showing posts from October, 2018

Mb Johor Perlu Jelaskan Gosip Pulau Kukup Atau Letak Jawatan - Kadir

Agen BandarQ Tokoh wartawan A Kadir Jasin menggesa Menteri Besar Johor Osman Sapian menjelaskan kontroversi mengenai status Pulau Kukup sebagai taman negara atau meletakkan jawatan bila gagal berbuat demikian. "Saya ingin bertanya kepada Osman bila dia bercakap benar apabila dia memberitahu saya sebelum bermula mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Bersatu pada 28 Nov, bahawa istana (Johor) tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri itu. "Saya bertanya kepadanya mengenai kebenaran khabar angin bahawa Istana mengambil tanah negeri - walaupun ia berukuran kurang daripada setengah ekar. "Dia kata tidak, tetapi dia kata dia tidak tahu sama ada perkara itu berlaku semasa kerajaan negeri di bawah BN," tulis Kadir di blognya. Kadir berkata dia kemudian mengingatkan Osman bahawa menteri besar itu berada bersama kerajaan BN selama tiga penggal dari tahun 1999 sampai 2013, sebelum bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) 9 Mei. "S...

'Pelakon, Farid Kamil Tampar Pipi, Tendang Kemaluan Saya'

Image
Agen BandarQ PETALING JAYA - Saksi pertama kes jenayah membabitkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bahawa tertuduh telah menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya. Bekas administrator akaun syarikat swasta, Ashraf Ahmad, 35, berkata, dalam insiden pada 11 Januari lalu, ia yang sedang memandu kereta Perodua Myvi terlihat pelakon itu di tepi Jalan Tropicana, di sini, berjalan sendirian dengan tidak menggunakan baju dan seperti meminta sumbangan kerana disamun. "Ketika itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya menciptakan pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum menyedari lelaki itu ialah Farid Kamil. "Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara," katanya. Ashraf berkata demiki...